MPP SMK Matunggong

Thursday, October 27, 2011

SMK Matunggong Kudat (MPP)

BIDANG TUGAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SMK MATUNGGONG

PRESIDEN

  •  Bertanggungjawab sebagai ketua bagi malaksanakan pentadbiran, penyusunan, dan perancangan program-program bagi mencapai matlamat dan wawasan MPP.
  • Berkuasa mamberi kata putus untuk pengesahan bagi semua aktiviti di bawah naungan MPP.
  • Bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja MPP serta menyalaraskan setiap ahli jawatankuasa sentiasa berkerjasama dan bersatu padu dalam menjalankan aktiviti bersama.
  • Menjadi pegawai perhubungan yang rasmi dengan pihak pengurusan sekolah.
 NAIB PRESIDEN

  • Bertanggungjawab membantu tugas-tugas Presiden serta memantau aktiviti yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa yang lain.
  • Mewakili Presiden dan memikul tanggungjawab Presiden semasa ketiadaannya.
SETIAUSAHA AGONG 

  •  Merupakan individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam perlaksanaan pentadbiran di Bilik Gerakan MPP dan bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden dan Naib Presiden.
  • Bertindak untuk melaporkan segala aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan pentadbiran Bilik Gerakan MPP.
  • Menyediakan semua laporan dan penyata berkenaan tugasan dan kemajuan MPP untuk dibentangkan kepada mana-mana bahagian apabila diperlukan.
  • Bertanggungjawab terhadap semua urusan mesyuarat MPP termasuk menyediakan bilik mesyuarat, penyediaan dokumen dalam mesyuarat, informasi mesyuarat dan lain-lain.
BENDAHARI KEHORMATAN

  • Bertanggungjawab atas semua urusan kewangan MPP.
  • Menyediakan anggaran belanjawan yang diperlukanuntuk sesuatu program kepada jawatankuasa MPP.
  • Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan MPP untuk diperiksa oleh penasihat MPP.
PERANA DAN FUNGSI 

 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar menjadi pemimpin di masa depan. MPP juga berfungsi sebagai saluran bagi para pelajar mengemulakan masalah-masalah mereka kepada pihak sekolah. Selain itu, MPP juga berfungsi sebagai duta kecil sekolah yang akan menjadi AJK sambutan pelawat-pelawat luar ke sekolah ini semasa berlangsungnya sesuatu acara.

Sebagai program rintis.MPP sesi 2011/2012 dipilih oleh guru penasihat MPP daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Kriteria pemilihan adalah berlandas keterampilan, ketokohan, kepimpinan, akedemik, dan kesanggupan pelajar memikul serta menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

 OBJEKTIF UTAMA MPP

  •  Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
  • Melatih sekumpulan kecil pelajar menjadi penghubungan di antara pelajar dan pengurusan sekolah.
  • Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
  • Menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
  • Melatih dan mendidik pelajar menjadi duta kecil SMK Matunggong yang dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.
TEMPOH PERKHIDMATAN

1 sesi atau 1 penggal bemula pada Bulan Jun 2011 hingga Jun 2012. Perlantikan baru akan dilaksanakan setiap bulan Jun tahun berikutnya.


EXCO AKADEMIK

·         Bertanggungjawab bagi memantau aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan para pelajar.

·         Menganjurkan aktiviti-akitivi menarik bagi meningkatkan pencapaian akedimik pelajar.

EXCO KEBAJIKAN

·         Memantau aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.

·         Menjalankan tugas berkaitan dengan masalah kebajikan pelajar.

·     Bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti berkaitan tanggungjawab sosial, kebajikan dan keselematan pelajar. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah lawatan ke rumah orang tua, anak yatim, gotong-royong dan menjadi sukarelawan dalam, membantu mangsa-mangsa bencana alam.

EXCO REKREASI DAN KEBUDAYAAN

·         Bretanggungjawab untuk menyelenggara aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan rekreasi dan kebudayaan para pelajar.

·         Menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan para pelajar seperti penubuhan kelab tarian, nyanyian, band muzik dan sebagainya.

EXCO PENERBITAN DAN PENERANGAN

·         Bertanggungjawab untuk memberi informasi-informasi terkini yang dijalankan oleh MPP.

·         Membina blog MPP yang memaparkan aktiviti-aktiviti sekolah dan MPP untuk tatapan dan santapan minda pelajar.

EXCO PERHUBUNGAN AWAM

·         Bertanggungjawab bagi memantau aktiviti yang berkaitan dengan pihak luar atau media massa dalam isu-isu yang berkaitan dengan MPP SMK Matunggong.

·         Menjadi pengantara MPP dengan pihak luar dalam memperkenalkan MPP mahupun aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MPP.

EXCO ALAM SEKITAR

·         Bertanggungjawab bagi menyampaikan maklumat berkaitan dengan kempen-kempen alam sekitar.

·         Membantu guru melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan dan keindahan alam sekitar sekolah.